Berita UtamaDunia

Tebing Barat semakin tegang

Penceroboh haram Isral tembak mati pemuda Palestin

NABLUS, 8 Rejab 1444H, Isnin – Penceroboh haram bersenjata Israel membunuh seorang pemuda Palestin pada Sabtu di wilayah Qalqilia, Tebing Barat yang diduduki.

Sumber keselamatan Palestin berkata, Karam Ali Salman, 18, maut ditembak oleh peneroka haram Israel dalam ‘keadaan yang tidak jelas’.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, penduduk kampung Qusin berhampiran bandar Nablus itu dibunuh oleh pendudukan Israel berhampiran penempatan haram Kedumim.

Katanya, Kedumim dibina di atas tanah milik persendirian Palestin.

Pembunuhan Salman seiring dengan lonjakan serangan ganas oleh peneroka Israel di Tebing Barat, dengan 144 insiden dilaporkan.

Menurut pegawai Palestin, Ghassan Daghlas, peneroka memusnahkan 120 kenderaan dengan membaling batu ke arahnya di selatan Nablus, membakar enam kenderaan di bandar Majdal Bani Fadel dan menyerang 22 kedai di Hawara.

Sementara itu, tentera negara pengganas mendakwa ‘pasukan keselamatan awam’ menembak seseorang yang ‘bersenjata api’ berhampiran penempatan di utara Tebing Barat.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang warga Palestin maut akibat kecederaan pada Ahad lalu, tiga hari selepas serangan maut Israel ke atas kem Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Keganasan meningkat apabila insiden tembakan di sebuah penempatan di kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Sabtu mencederakan dua peneroka haram Israel.

Sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak awal Januari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button