Dunia

61 maut letupan masjid Pakistan

150 cedera, hampir seluruh masjid musnah akibat serangan

PESHAWAR, 9 Rejab 1444H, Selasa – Anggota polis antara 61 mangsa yang terbunuh dalam satu kejadian letupan di sebuah masjid dalam ibu pejabat polis Pakistan di Peshawar, pada Isnin.

Serangan yang turut mengakibatkan 150 yang lain cedera itu juga mendorong kerajaan Pakistan meletakkan negara berkenaan di dalam keadaan berwaspada.

Ketua Polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan berkata, misi menyelamat mangsa giat dijalankan di lokasi kejadian, di mana keadaan masjid hampir keseluruhannya musnah akibat letupan.

“Ramai anggota polis tertimbus di bawah runtuhan. Usaha sedang dilakukan untuk mengeluarkan mereka dengan selamat,” katanya.

Muhammad Ijaz berkata, dianggarkan 300 hingga 400 pegawai polis biasanya menunaikan solat di masjid itu.

Sehingga kini, jumlah kematian terus meningkat apabila lebih ramai mayat ditarik daripada serpihan runtuhan, dengan 61 orang terkorban dan lebih 150 yang lain cedera.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button