Dunia

Korban letupan masjid Pakistan kini 89

Saksi beritahu tragedi berlaku beberapa saat selepas imam mula solat

PESHAWAR, 9 Rejab 1444H, Selasa –  Angka korban insiden letupan di sebuah masjid di ibu pejabat polis di barat laut Pakistan meningkat kepada 89 orang setakat petang Selasa.

Serangan berlaku ketika solat Asar pada Isnin di wilayah Peshawar, berhampiran kawasan di sepanjang sempadan Afghanistan – di mana militan semakin meningkat.

Jurucakap hospital utama Peshawar, Muhammad Asim Khan berkata, jumlah korban sudah meningkat kepada 89 dan lebih 150 yang lain cedera.

Ketua Polis Peshawar memberitahu, lebih 90 peratus daripada mangsa adalah anggota polis – antara 300 dan 400 daripadanya telah berkumpul di perkarangan masjid untuk solat.

“Pagi tadi kami mengalihkan bahagian terakhir bumbung yang runtuh supaya dapat mengeluarkan lebih banyak mayat, namun kami tidak berharap ada mana-mana mangsa yang terselamat,” katanya.

Saksi yang juga pegawai polis, Shahid Ali berkata, letupan berlaku beberapa saat selepas imam memulakan solat.

“Saya melihat asap hitam naik ke langit. Saya berlari keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Sekurang-kurangnya 20 anggota polis yang terkorban disembahyang dan dikebumikan secara kehormat hari ini.-  Agensi

Berita berkaitan;

61 maut letupan masjid Pakistan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button