Dunia

Malaysia tentang keganasan di Baitulmaqdis

Pendudukan haram Israel berterusan dengan dasar apartheid penjajah

PUTRAJAYA, 9 Rejab 1444H, Selasa – Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menyatakan, Malaysia sentiasa menentang sebarang tindakan permusuhan yang menyasarkan orang awam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam.

“Ketegangan yang sedang berlaku di Baitulmaqdis Timur secara langsung berpunca daripada pendudukan haram Israel yang berterusan dan dasar apartheid penjajah, pencemaran Al-Aqsa serta pencerobohan dan provokasi berterusan terhadap Palestin.

“Pendudukan mesti ditamatkan untuk mengelak kitaran keganasan,” menurut kenyataan itu.

Malaysia menggesa sekatan sepenuhnya dilaksanakan sambil menegaskan perlunya usaha untuk mengurangkan ketegangan dengan rejim Israel segera menghentikan provokasi dan tindakan unilateral demi kepentingan keamanan dan keselamatan.

“Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara merdeka mereka sendiri berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button