Berita UtamaDunia

AS gesa Palestin-Israel berdamai, tamat konflik dan keganasan

Blinken beri jaminan salur bantuan tambahan AS$50 juta kepada Palestin

RAMALLAH, 10 Rejab 1444H, Rabu – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengulangi gesaan supaya Israel dan Palestin yang berkonflik segera menamatkan keganasan dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Pandangan diplomat tertinggi Washington itu disuarakan ketika beliau bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat sempena jelajah ke negara Timur Tengah dengan tujuan mengekang pertumpahan darah.

Beliau menggesa kedua-dua pihak bertenang susulan insiden seorang lelaki Palestin bersenjata menembak mati tujuh individu di penempatan Israel di Baitulmaqdis, Jumaat lalu, sehari selepas serbuan tentera Zionis yang menembak 10 rakyat Palestin.

Sepanjang Januari, konflik dua pihak itu telah mengorbankan 35 orang dewasa dan kanak-kanak Palestin – termasuk penyerang, militan dan orang awam serta enam orang awam Israel, manakala seorang warga Ukraine terbunuh, Jumaat lalu.

Blinken berkata, rakyat Palestin kini sedang menghadapi ‘harapan yang semakin mengecil’ dan perkara berkenaan perlu diubah segera.

Beliau juga menjelaskan pihaknya akan memberikan bantuan kepada Palestin berikutan rakyatnya kini sangat memerlukan bantuan dari pihak luar.

AS akan menyediakan pembiayaan tambahan sebanyak AS$50 juta melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menyediakan perkhidmatan telekomunikasi berkelajuan tinggi 4G kepada rakyat Palestin.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) melaksanakan perjanjian kerjasama dengan Israel selepas berlakunya pencerobohan terbesar dalam beberapa tahun.

Bagaimanapun, Abbas berkata, kerajaan Israel perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan kerana tindakan itu menjejaskan dan melanggar

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button