Berita UtamaDunia

Barat gagal tangani isu pendatang asing tanpa izin

Turkiye perangi keganasan, tapi AS dan Eropah sibuk wujudkan negara pengganas

ANKARA, 13 Rejab 1444H, Sabtu – Barat gagal menangani gelombang pendatang asing, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu pada hari Jumaat, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Barat telah memalukan dunia dalam isu pendatang asing. Ia telah kehilangan maruah dengan ketidaktuan arahnya dan kekejaman” kata Soylu pada mesyuarat migrasi di wilayah Antalya selatan Turkiye.

Sedangkan, Turkiye telah melaksanakan dasar imigresen yang mudah dari awal, katanya.

“Kami memerangi keganasan, sementara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sedang berusaha keras untuk menubuhkan negara pengganas di sempadan kami. Kami menguruskan proses ini tanpa membuat orang menderita,” katanya.

Dalam usaha menentang pendatang asing tanpa izin, Turkiye telah menyekat pintu masuk kepada 2.7 juta orang di sempadan sejak 2016, kata Menteri itu.

“Menjelang akhir tahun 2022, bilangan pendatang tanpa izin yang kami tahan ialah 285,000, dan sejumlah 130,195 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang dalam tempoh 12 bulan lalu,” kata Soylu.

Juga sejak 2011, Turkiye telah melarang seramai 111,000 orang dari 150 negara daripada memasuki negara itu, katanya.

Turkiye telah menjadi titik transit utama bagi pendatang tidak tetap yang ingin menyeberang ke Eropah untuk memulakan kehidupan baharu, terutamanya mereka yang melarikan diri dari peperangan dan penganiayaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button