Dunia

Januari bulan ‘paling berdarah’ untuk Tebing Barat: Laporan

35 rakyat Palestin dibunuh, 342 lagi cedera angkara pengganas Israel

RAMALLAH, 14 Rejab 1444H, Ahad – Setakat Januari tahun ini, sebanyak 3,532 kes pencabulan terhadap rakyat Palestin telah dilakukan oleh penduduk serta tentera pengganas Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki.

Pusat Maklumat Kebangsaan Palestin mendedahkan bahawa Januari sebagai bulan ‘paling berdarah’ di Tebing Barat sejak 2015.

Laporan itu merujuk insiden pembunuhan 35 rakyat Palestin termasuk lapan kanak-kanak dan seorang warga emas 61 tahun – dengan 20 mangsa korban direkodkan di Jenin.

Menurut laporan, peneroka haram dan tentera pendudukan Israel mencederakan 342 rakyat Palestin dalam tempoh berkenaan.

Katanya, peneroka haram melakukan 17 aktiviti penempatan termasuk mencuri tanah, memusnahkan ladang, menurap jalan dan meluluskan unit penempatan baharu, selain 319 pencerobohan.

Sementara itu, pasukan pendudukan juga telah merobohkan 290 kemudahan komersial dan pertanian serta merampas 40 harta lain.

Pusat maklumat turut mendokumentasikan perobohan 40 rumah warga Palestin oleh Israel, selain 154 notis tindakan yang sudah dikeluarkan sepanjang bulan lalu.

Ia turut merekodkan 29 pencerobohan di tapak suci, penutupan jalan di 38 kawasan dan 511 pusat pemeriksaan sementara dan kekal tentera Israel di seluruh Tebing Barat serta Baitulmaqdis.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button