Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Mangsa banjir di Johor terus turun, Sabah kekal

Sungai Bekok masih lepasi paras bahaya tapi cuaca di Batu Pahat cerah

KUALA LUMPUR, 14 Rejab 1444H, Ahad – Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan, manakala di Sabah kekal setakat pagi ini. 

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 670 mangsa berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan lima lagi di Batu Pahat, berbanding 769 mangsa pada 8 malam tadi.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, Batu Pahat yang mengalami banjir termenung setakat ini merekodkan seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga dan Segamat pula 26 daripada sembilan keluarga.

Ketika ini, Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.9 meter (m), namun keadaan cuaca di daerah berkenaan cerah, manakala di Segamat, hujan.

Di Sabah pula, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan tiada pertambahan mangsa direkodkan dan jumlah mangsa kekal seramai 134 orang daripada 40 keluarga di sebuah PPS di daerah Beaufort. 

Cuaca di Sabah juga cerah pada pagi ini-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button