Berita UtamaDunia

Turkiye batal 238 penerbangan kerana salji tebal

Saran penumpang semak kemas kini penerbangan di laman web

ISTANBUL, 14 Rejab 1444H, Ahad – Kira-kira 238 penerbangan di Turkiye dibatalkan berikutan ramalan salji tebal melanda Istanbul bermula hari ini dan esok.

Syarikat penerbangan kebangsaan Turkiye, Turkish Airline sebelum ini mengeluarkan makluman pembatalan penerbangan berikutan situasi cuaca yang tidak menentu dan situasi salji tebal melanda negara itu.

“Keseluruhan 238 penerbangan di lapangan terbang di Istanbul telah dibatalkan membabitkan 72 penerbangan domestik dan 166 adalah penerbangan antarabangsa,” katanya yang turut menjangkan banyak lagi penerbangan akan dibatalkan.

Penumpang disaran sentiasa membuat semakan di laman web syarikat penerbangan dan papan tanda maklumat bagi mendapatkan kemas kini penerbangan mereka.

Sementara itu, Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memberi amaran keadaan salji tebal melanda di bandar-bandar utama dengan suhu menurun sehingga 0 darjah celcius, memetik laporan Sputnik.

Suhu sejuk melampau dan keadaan angin kencang berterusan dengan kelajuan antara 60 hingga kilometer sejam.

Bulan lalu, media Turkiye melaporkan paras aliran air di empangan-empangan utama di Istanbul berkurangan secara drastik berikutan hujan yang tidak mencukupi dengan risiko kemarau dan sekatan belain air.

Sehingga awal Februari ini, takungan air yang membekalkan air  keseluruhan negara itu berkurangan sehingga 30 peratus. –

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button