Berita UtamaDunia

Gempa bumi kuat landa Turkiye

Belum ada maklumat rasmi jumlah korban

ANKARA, 15 Rejab 1444H, Isnin – Gempa bumi kuat melanda Turkiye pada awal Isnin, lapor pemantau gempa bumi antarabangsa.

Laporan awal Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) mengukur gempa berukuran 7.7 magnitud dengan kedalaman cetek 10 kilometer.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula mengukur gegaran pada 7.9, berpusat pada 7 kilometer dari Nurdadi dan Gaziantep, di selatan Turki.

USGS berkata, gempa itu berlaku pada jam 04.17 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 17.9 kilometer (11 batu).

“Gempa itu dirasai sehingga Cyprus, Greece, Jordan dan Lubnan,” katanya.

Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai tahap kerosakan dan jumlah mangsa, hantaran serta video di media sosial menunjukkan terdapat ramai mangsa yang terkorban. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button