Berita Utama

Kerana DAP, UMNO mungkin kalah PRN Selangor: Noh Omar

'Pengundi mengaku tak pilih UMNO jika terus bersama DAP’

BANGI, 15 Rejab 1444H, Isnin — UMNO dijangka berdepan kekalahan termasuk di beberapa kubu kuat parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Perkara tersebut disuarakan Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Kawasan kubu kuat pun kalah (PRU15) seperti di Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

“Ketiga-tiga kawasan itu Perikatan Nasional (PN) menang, itu kawasan majoriti Melayu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Noh menjelaskan, UMNO tidak akan menang di Selangor melainkan jika mengharapkan pengundi bukan Melayu.

“Mungkin pada masa itu (PRU15), pengundi masih menyokong UMNO tetapi sekarang ini, orang yang sokong UMNO bila dia tengok parti itu berkawan dengan DAP, kalau tahu dia takkan undi,” katanya.

Beliau berkata, ada pengundi yang berjumpa dengan mengakui tidak akan memilih UMNO sekiranya parti itu terus bekerjasama dengan DAP.

“Saya berjumpa dengan orang kampung saya mengaku undi BN (Barisan Nasional) pada PRU15 lepas, tetapi kalau tahu UMNO bersama DAP, mereka kata tak mahu undi BN,” jelasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button