Berita UtamaDunia

Kes prodemokrasi Hong Kong dibicara selepas 2 tahun ditahan

Pendakwa raya berulang kali minta masa mahu kumpul bukti

HONG KONG, 15 Rejab 1444H, Isnin — Kira-kira 16 prodemokrasi Hong Kong menghadapi perbicaraan selepas lebih dua tahun mereka ditahan.

Pemerhati menyifatkan kes membabitkan individu berkenaan adalah penting bagi kebebasan kehakiman di Hong Kong, mengikut undang-undang keselamatan negara yang dikenakan Beijing.

Kesemua defendan adalah sebahagian 47 individu yang ditahan dan mengaku tidak bersalah dalam serbuan pada Januari 2021.

Bagaimanapun 13 daripada mereka dibenar ikat jamin dua tahun lalu manakala 33 yang lain termasuk 10 lagi mengaku tidak bersalah dan kekal dalam tahanan pra-perbicaraan dengan alasan keselamatan negara.

Mereka yang didakwa terlibat dengan konspirasi melakukan subversif kerana menyertai pilihan raya primer tidak rasmi pada 2020.

Negara-negara Barat sebelum ini mengutuk undang-undang keselamatan Hong Kong 2020 dan mendakwa sebagai alat untuk ‘menghancurkan’ perbezaan pendapat di tanah bekas jajahan British tersebut.

Kes berprofil tinggi itu mengundang kritikan antarabangsa kerana pihak pendakwa raya kerajaan berulang kali memohon lebih banyak masa diberikan untuk menyediakan dokumen undang-undang termasuk mengumpulkan lebih banyak bukti.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama 90 hari dengan tiga defendan akan memberi keterangan.

Mereka yang mengaku tidak bersalah terdiri bekas wartawan, Gwyneth Ho, aktivis, Owen Chow, bekas ahli Parlimen, Leung Kwok-hung dan ahli kesatuan buruh, Winnie Yu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button