Berita Utama

KJ ada magnet tarik anak muda? Tubuhlah parti baharu, sinis Puad

'Kita tengok apakah akan berduyun masuk ikut magnet KJ'

BANGI, 15 Rejab 1444H, Isnin — Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Khairy Jamaluddin menubuhkan parti baharu kononnya bagi membuktikan bekas Ketua Pemuda UMNO itu mempunyai ‘magnet’ menarik anak muda.

“Apa salahnya KJ tubuh parti baru kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ.

“Kalau KJ kurang berani macam Syed Sadiq yang tubuh parti baru, KJ boleh join Bersatu atau PAS.

“KJ boleh buktikan magnet dia ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” sindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu.

Puad berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pemecatan Khairy dan penggantungan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, ibarat menghapuskan ‘magnet’ menarik sokongan orang muda terhadap parti.

“Ismail Sabri kata KJ ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong UMNO?

“Mungkin anak muda sokong KJ, tetapi bukan pada UMNO. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” sinis Puad.

Terdahulu, Khairy dipecat kerana melanggar disiplin parti mengikut perlembagaan UMNO akibat kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), manakala Shahril pula digantung keahliannya selama enam tahun.

Turut terlibat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif yang digantung keahlian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button