Berita Utama

Rundingan agihan kerusi PH, BN Terengganu masa terdekat

Wujud persefahaman secara dasar

BANGI, 15 Rejab 1444H, Isnin – Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, secara dasarnya, telah wujud persefahaman di antara PH dan BN.

Bagaimanapun katanya, rundingan kerusi secara rasmi masih belum berlaku dan dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

“Pakatan Harapan sedar dan maklum bahawa Barisan Nasional memiliki kelebihan memandangkan mereka mempunyai pengalaman lama dan pengaruh yang luas di negeri Terengganu.

“Namun, segala keputusan berkaitan agihan hanya akan diumumnya setelah keputusan akhir dicapai antara kedua belah parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, PH Terengganu bersedia dan bersifat terbuka kepada sebarang perbincangan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di peringkat negeri itu.

Terdahulu, PH Terengganu bersetuju menyerahkan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi calon BN bagi menghadapi PRN akan datang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button