Berita Utama

Waspada panggilan palsu guna nama NSRC

Mangsa penipuan boleh hubungi talian 997 untuk aduan

BANGI, 8 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menegaskan pihaknya tidak akan menghubungi orang awam berkaitan siasatan kes jenayah penipuan kewangan.

Justeru, NSRC mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan atau panggilan telefon daripada pihak tertentu yang mengaku sebagai pegawainya bagi membantu siasatan kes.

Dalam kenyataan hari ini, NSRC berkata, pihaknya telah mengesan beberapa cubaan menggunakan nama NSRC untuk memperdaya orang ramai di dalam kes jenayah penipuan.

“NSRC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan nama NSRC.

“Hati-hati jika anda menerima panggilan telefon dari pihak yang mengaku sebagai pegawai NSRC,” katanya.

Menurutnya, individu yang menjadi mangsa penipuan dalam talian dan sudah membuat transaksi kewangan, boleh menghubungi NSRC di talian 997.

“NSRC beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari. Anda juga boleh menghubungi hotline bank masing-masing untuk aduan selepas jam 8 malam.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pihak NSRC di talian telefon 03-88613830 atau e-mel kepada [email protected],” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button