Dunia

20 banduan di penjara Syria larikan diri

Tahanan mula memberontak, kawal penjara selepas gempa bumi

DAMSYIK, 16 Rejab 1444H, Selasa – Seramai 20 banduan di penjara Syria melarikan diri ketika tahanan lain memberontak ekoran kejadian gempa bumi yang melanda selatan Turkiye dan negara itu pada Isnin.

Penjara polis tentera di bandar Rajo berhampiran sempadan Turkiye menahan kira-kira 2,000 banduan, dengan 1,300 daripadanya disyaki anggota militan Daesh dan pasukan Kurdish.

“Selepas gempa bumi melanda, Rajo terjejas dan banduan mula memberontak serta mengawal bahagian penjara.

“Kira-kira 20 banduan melarikan diri yang dipercayai militan Daesh,” kata pegawai penjara Rajo, yang dikawal oleh puak pro-Turkiye.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud – diikuti puluhan gegaran susulan – menyebabkan kerosakan pada struktur penjara dengan dinding serta pintu retak, menurut sumber.

Pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di Britain mendakwa, pihaknya tidak dapat mengesahkan banduan melarikan diri, namun mengakui berlaku pemberontakan dalam penjara berkenaan.

Sekurang-kurangnya 1,444 orang maut di seluruh Syria selepas gempa bumi dahsyat berpusat di barat daya Turkiye melanda pada Isnin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button