Berita UtamaDunia

Tentera Israel tembak mati lima pejuang Palestin

Pemimpin Hamas ditangkap ketika serbuan di Tebing Barat

RAMALLAH, 16 Rejab 1444H, Selasa – Tentera negara haram Israel menembak mati sekurang-kurangnya lima lelaki Palestin ketika serbuan di Jericho, di timur Tebing Barat yang diduduki.

Serbuan besar-besaran itu berlaku pada awal pagi semalam di kem pelarian Aqabet Jabr – yang berada di bawah kepungan Israel – selama lebih seminggu dan berterusan sehingga selepas subuh.

Mengesahkan jumlah kematian itu, gabenor Jericho berkata, tiga yang lain cedera.

Tentera Israel pada awalnya mendakwa, pihaknya telah membunuh tujuh lelaki secara keseluruhan, termasuk dua yang bertanggungjawab dalam cubaan serangan menembak di Jericho pada 28 Januari lalu serta lima lagi yang telah melibatkan tentera dalam pertempuran ketika serbuan itu.

Katanya, tentera menahan lima mayat daripada lelaki yang terbunuh, termasuk mereka yang didakwa sebagai anggota sel Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Jericho serta pelaku operasi (pusat pemeriksaan) Almog.

Tidak dapat disahkan sama ada semua lelaki itu membalas tembakan ke arah tentera Israel ketika mereka ditembak.

Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza, tidak mengesahkan mana-mana daripada tujuh lelaki yang terbunuh sebagai anggotanya.

Bagaimanapun, ketika serbuan di Jericho, tentera Israel menangkap pemimpin Hamas, Shaker Amara, yang dibebaskan dari penjara baru-baru ini.

Tentera rejim Zionis juga menahan seorang wanita berusia 48 tahun, Rajaa Karsou, ketika serbuan di kem pelarian Balata di bandar Nablus yang diduduki utara di Tebing Barat pada pagi Isnin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button