Berita Utama

Aman Palestin salur bantuan awal AS$30,00 kepada Turkiye-Syria

Mohon seluruh rakyat solidariti kepada mangsa gempa bumi

BANGI,17 Rejab 1444H, Rabu – Aman Palestin Berhad melancarkan Kempen Bantuan Gempa Bumi Turkiye-Syria bagi mengumpul dana berbentuk kewangan untuk disalurkan penduduk terjejas.

Antara keperluan mendesak yang diperlukan termasuk khemah, kotak makanan, pemanas dan kerosin, bantuan klinikal serta makanan panas.

Aman Palestin memaklumkan, pihaknya telah memulakan langkah praktikal dengan menghantar bantuan awal sebanyak AS$30,000 ke kawasan yang terjejas gempa bumi.

“Aman Palestin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, Indonesia dan seluruh nusantara agar bersolidariti untuk saudara kita di Turkiye dan Syria.

“Gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu menunjukkan kesan ketara dari segi bilangan yang terkorban dan jumlah yang cedera, selain bangunan yang musnah.

“Mereka amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat pagi ini, jumlah korban sudah melepasi 7,200 dan angka kematian dijangka terus meningkat.

Pasukan penyelamat kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-manga terperangkap di bawah runtuhan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button