Berita Utama

Bersatu Selangor tak pernah bincang tawaran MB untuk KJ

Terbuka terima pemimpin perjuangkan agenda penyatuan Melayu

BANGI,17 Rejab 1444H, Rabu – Bersatu Selangor tidak pernah berbincang untuk memberi tawaran melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi mengesahkan tiada perbincangan diadakan dalam pimpinan Bersatu Selangor.

“Saya tidak tahu sekiranya pimpinan atas memberi tawaran kepada Khairy tetapi di peringkat Selangor, pelawaan itu tidak pernah dibuat,” katanya.

Bagaimanapun Bersatu sentiasa mengamalkan konsep terbuka untuk mana-mana pemimpin lain untuk bersama menyertai partinya.

Malah, beliau mengharapkan penyertaan pemimpin-pemimpin lain mampu mengukuhkan lagi Bersatu dalam memperjuangkan agenda penyatuan kaum Melayu di negara ini.

“Rakyat Selangor hari ini sudah matang dalam soal menentukan parti pilihan masing-masing dan yakin pengundi akan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan di negeri ini,” katanya.

Pada PRU15 lalu, PN berjaya menawan enam kerusi Parlimen di Selangor, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, kapar dan Kuala Langat.

Manakala PH pula menang 16 kerusi di Parlimen.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button