Berita UtamaDunia

Juruterbang New Zealand jadi tebusan di Papua Barat

Puak pemisah ugut mahu bunuh tebusan

JAYAPURA,17 Rejab 1444H, Rabu – Seorang juruterbang New Zealand dijadikan tebusan oleh puak pemisah di wilayah Papua, Indonesia dan mengancam untuk membunuhnya.

Kejadian berlaku selepas pesawat milik Susi Air yang dikendalikan juruterbang, Philip Merthens menghantar bekalan dari bandar Timika.

Lima penumpang di dalam pesawat termasuk seorang kanak-kanak dibebaskan.

Pasukan pemisah bertindak demikian kerana mahu Indonesia mengiktiraf kemerdekaan wilayah Papua Barat.

Pasukan polis pula berkata, pihaknya masih melakukan siasatan namun mengakui berdepan kesulitan berikutan kawasan tersebut hanya boleh dicapai melalui laluan udara sahaja.

Sementara itu,Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat yang ditetapkan Indonesia sebagai kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab.

Jurucakapnya, Sebby Sambom berkata, juruterbang akan dibunuh sekiranya Indonesia berdegil dan gagal berunding mengenai kemerdekaan Papua.

Kerajaan New Zealand berkata, pihak konsulat di Indonesia akan menyalurkan bantuan kepada keluarga juruterbang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button