Berita Utama

Permohonan ahli Bersatu meningkat selepas PRU15

Jangka momentum sokongan berterusan hingga PRN enam negeri

BANGI, 18 Rejab 1444H, Khamis – Permohonan keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meningkat mendadak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, gabungan parti itu dengan PAS – menerusi Perikatan Nasional (PN) – diterima rakyat khususnya golongan Melayu.

Serentak itu, beliau menjangkakan momentum sokongan akan berterusan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.

“Lebih banyak Bersatu ditekan, lebih banyak sokongan kita terima.

“Dengan apa yang berlaku, kita dapati jumlah untuk menjadi ahli bertambah,” kata­nya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

PRU15 lalu, PN memperoleh 74 kerusi di mana PAS menjadi parti yang mempunyai kerusi terbanyak iaitu 49 kerusi dan Bersatu 25 kerusi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button