Berita UtamaDunia

Barcelona putus hubungan rasmi dengan Israel

Tentang jenyah apartheid, pencabulan sistematik hak asasi Palestin

MADRID, 19 Rejab 1444H, Jumaat – Datuk Bandar Barcelona memutuskan hubungan rasmi dengan Israel, susulan jenayah apartheid negara haram berkenaan terhadap rakyat Palestin.

Keputusan diambil Datuk Bandar, Ada Colau memberikan sedikit kesan praktikal — iaitu dengan menghentikan perjanjian berkembarnya yang berusia 25 tahun dengan Tel Aviv.

Menerusi surat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Colau berkata, langkah itu dibuat sebagai tindak balas terhadap kempen puluhan kumpulan tempatan dan ribuan aktivis.

Keputusannya itu merujuk beberapa dasar Israel, termasuk pendudukan tentera selama 55 tahun di Tebing Barat, pengilhakan Baitulmaqdis Timur dan pembinaan penempatan di atas tanah yang dituntut oleh Palestin untuk negara masa depan.

“Sebagai datuk bandar Barcelona, sebuah bandar Mediterranean dan pembela hak asasi manusia, saya tidak boleh bersikap acuh tak acuh terhadap pencabulan sistematik hak asasi penduduk Palestin.

“Adalah satu kesilapan yang teruk untuk menggunakan dasar dwi-standard dan menutup mata terhadap pelanggaran yang telah selama beberapa dekad, disahkan secara meluas dan didokumenkan oleh pertubuhan antarabangsa,” katanya.

Pengumuman oleh bandar itu membawa simbolisme ketara dan menambah senarai pengkritik yang semakin meningkat dengan melabelkan Israel sebagai negara apartheid.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tiga kumpulan hak asasi manusia yang terkenal – Human Right Watch (HRW), Amnesty International dan B’Tselem Israel – telah mendakwa Israel melakukan apartheid, baik di dalam negara mahupun di wilayah yang diduduki.

Amnesty dan kumpulan lain mengatakan perpecahan wilayah di mana penduduk Palestin tinggal adalah sebahagian daripada keseluruhan kawalan rejim yang direka untuk mengekalkan hegemoni Yahudi dari Laut Mediterranean hingga ke Sungai Jordan.

Mereka merujuk kepada dasar diskriminasi dalam Israel dan di Baitulmaqdis Timur yang diilhak, sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza serta kawalan berterusannya ke atas Tebing Barat dan pembinaan penempatan Yahudi – yang kebanyakan masyarakat negara antarabangsa menganggap haram. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button