Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ismail Sabri perjelas maksud ‘UMNO dilanyak’

Rujukan dipetik dalam dua laporan media menyimpang

BANGI, 19 Rejab 1444H, Jumaat – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, rujukan yang dipetik dalam dua laporan media tempatan telah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari lalu.

Dalam wawancara tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini.

“Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri Kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen.

“Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu.

“Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian bagi menjelaskan beberapa kekeliruan berkaitan laporan ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan sebuah media tempatan.

Beliau merujuk kepada laporan Astro Awani bertajuk ‘Pemimpin UMNO ‘dilanyak’ dalam Kerajaan Perpaduan? – Zahid jawab pandangan Ismail Sabri’ serta ‘Tak faham dekat mana UMNO ‘dilanyak’ – Ahmad Maslan.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ismail Sabri bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang dalam Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai pandangan peribadi.

Jadi, beliau menyerahkan kepada masyarakat terutamanya ahli-ahli UMNO untuk menilai sendiri perjalanan politik negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button