Berita UtamaDunia

Lagi rakyat Palestin terbunuh ditembak pengganas Israel

Mangsa kononnya didakwa cuba tikam salah seorang tentera

HEBRON, 19 Rejab 1444H, Jumaat – Tentera pengganas Israel menembak mati seorang lelaki Palestin berhampiran bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Sharif Hassan Rabah, 22, ditembak mati oleh tentera yang ditempatkan di pintu masuk ke kem pelarian Fawwar di selatan Hebron.

Tentera pengganas itu mendakwa, pihaknya menembak Rabah selepas dia mendekati pasukan itu dan kononnya cuba menikam salah seorang tentera.

Bagaimanapun tiada korban Israel dilaporkan.

Rabah adalah rakyat Palestin ke-43 yang terbunuh ditembak rejim Israel tahun ini – kadar hampir satu kematian setiap hari.

Tentera Israel telah dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia kerana dasar ‘tembak untuk membunuh’ yang digunakan terhadap rakyat Palestin walaupun mangsa tidak menimbulkan bahaya.

Pembunuhan rakyat Palestin oleh tentera Israel jarang disiasat oleh pihak keselamatan itu.

Awal minggu ini, Hamza al-Ashkar, 17, ditembak di muka dan dibunuh oleh tentera Israel di Nablus.

Insiden itu berlaku sehari selepas lima rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan tentera di Jericho.

Tahun lalu, tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 167 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, angka kematian tertinggi di rantau itu sejak Intifadah Kedua. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button