Berita UtamaDunia

Pelajar di Kanada digantung kerana tak sokong transgender

Peguam dakwa sekolah lakukan diskriminasi agama

OTTAWA, 22 Rejab 1444H, Isnin – Seorang pelajar sekolah menengah Katolik di Kanada digantung dan ditangkap kerana menegakkan kebenaran dengan menyokong binarisme jantina, menurut laporan media.

Josh Alexander yang berusia 16 tahun digantung minggu ini dari Sekolah Tinggi Katolik St. Joseph di Renfrew, Ontario, kerana membantah penggunaan bilik air oleh golongan transgender.

“Saya percaya Tuhan hanya cipta dua jantina,” kata Alexander kepada The Epoch Times dalam temu bual.

Remaja itu menulis dalam laman Twitter bahawa polis Ontario menangkap dan mendakwanya selepas hadir ke kelas kerana melanggar perintah.

Peguam Alexander, James Kitchen mendakwa, tindakan sekolah tersebut sebagai satu diskriminasi agama, dan membawa perkara itu ke tribunal hak asasi manusia Ontario.  

Beliau berkata, pihak sekolah telah menuduh anak guamnya ‘membuli’ pelajar transgender.

“Jelas sekali, dia sebenarnya tidak membuli mereka kerana istilah itu akan ditakrifkan oleh orang yang munasabah.

“Dia tidak memanggil mereka dengan ‘gelaran’ atau mengejek mereka. 

“Tetapi dia hanya menyatakan pandangannya,” katanya.

Junior sekolah menengah itu dilaporkan tidak bersekolah sejak pertama kali digantung pada November. 

Penggantungan Alexander telah ditarik balik pada bulan Januari tetapi ia telah diteruskan serta merta selepas Lembaga Sekolah Daerah Katolik Renfrew County. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button