Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Pemimpin negara Arab kecam langkah unilateral Israel

Roboh rumah Palestin demi luaskan lagi penempatan Yahudi

KAHERAH, 22 Rejab 1444H, Isnin – Pegawai kanan negara Arab mengutuk langkah negara haram, Israel di Baitulmaqdis dan kawasan Tebing Barat yang diceroboh mengakibatkan keganasan semakin memuncak.

Perkara itu dinyatakan dalam mesyuarat yang dikendalikan Liga Arab dan dihadiri Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi; Raja Jordan, Raja Abdullah II serta Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersama ramai menteri luar termasuk pegawai kanan kerajaan.

Mereka sebulat suara mengutuk tindakan langkah unilateral Israel di Baitulmaqdis dan Tebing Barat kerana merobohkan rumah penduduk Palestin demi memperluaskan lagi penempatan Yahudi.

Namun, tiada respon segera daripada pihak negara haram mengenai kenyataan anggota Liga Arab dan pemimpin negara Islam.

Pada mesyuarat sama, pemimpin dunia turut menyuarakan sokongan terhadap peranan Jordan sebagai penjaga Masjid al-Aqsa iaitu masjid suci ketiga bagi umat Islam.

Abbas berkata, pentadbirannya akan memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menuntut resolusi untuk melindungi penyelesaian dua negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button