Berita Utama

PERKASA Kedah buat laporan polis kenyataan rasis Guang Yik

Hentikan segala kenyataan yang cetus kemarahan orang Melayu

ALOR SETAR, 24 Rejab 1444H, Rabu – Pertubuhan PERKASA bahagian Kedah membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Azrol Mansor berkata, pihaknya mengecam segala kenyataan yang berunsur rasisme atau perkauman di negara ini. 

“PERKASA Kedah buat laporan supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kepada mana-mana individu yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur rasis dan mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azrol berkata, pihaknya berharap segala kenyataan seperti ini dapat dihentikan serta merta kerana bimbang mencetuskan kemarahan orang Melayu serta menjadi punca wujudnya pergaduhan di antara kaum di Malaysia. 

Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman dan menyentuh isu agama apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ia mencetuskan kemarahan ramai pihak di  termasuk dikecam legenda perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei yang menganggap perbuatan itu hanya demi meraih ‘populariti’ semata-mata.

Guang Yik dilaporkan sudah memohon maaf dan menjelaskan dia terdorong untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan semasa badminton di Malaysia, tetapi mengakui sudah melangkaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.

Dia ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button