Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

BERJASA bantah tukar Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP

Jelas promosi ideologi DAP yang perjuangkan ideologi sekular

BANGI, 25 Rejab 1444H, Khamis – Parti BERJASA membantah keputusan Mesyuarat EXCO Negeri Sembilan yang memutuskan pertukaran nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr. Chen Man Hin bersempena nama mendiang Chen Man Hin, yang juga pengasas DAP.

Ketua Penerangannya, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, pertukaran nama jalan kepada nama mendiang tidak signifikan dengan semangat Malaysia Madani yang dicanangkan Perdana Menteri. 

“Ini tindakan populis untuk menormalisasikan dan mempromosi ideologi DAP yang memperjuangkan ideologi sekular di Malaysia.

“BERJASA berpendapat lebih ramai tokoh politik setempat yang membangunkan Negeri Sembilan lebih layak untuk diabadikan sebagai nama jalan.

“Malah nama pejuang-pejuang terdahulu juga sangat ramai yang lebih layak diingati dan dijadikan contoh ikutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, BERJASA menyeru Kerajaan Negeri Sembilan menilai semula keputusan ini dan

mengambil kira pendapat dan sensitiviti masyarakat setempat sebelum perlaksanaan keputusan ini.

Semalam, kerajaan Negeri Sembilan dilaporkan bersetuju menukar nama dua jalan utama di bandar ini kepada nama dua tokoh, masing-masing dalam hal ehwal agama dan politik, iaitu Allahyarham Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dan mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti NegeriE Sembilan manakala Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.

“Mendiang Dr Chen Man Hin adalah tokoh politik terkenal, manakala Allahyarham Sheikh Mohd Murtadza adalah bekas Mufti Negeri Sembilan. Mesyuarat EXCO bersetuju menukar nama kedua-dua jalan itu kepada nama tokoh berkenaan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button