Berita UtamaDunia

Makin ramai penduduk terjejas gempa bumi alami tekanan, serangan panik

Kanak-kanak Turkiye cuba fahami situasi, guna blok permainan bina bangunan tahan gempa

HATAY, 25 Rejab 1444H, Khamis – Kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi besar melanda Turkiye dan Syria minggu lalu sedang belajar untuk memahami situasi yang berlaku.

Seorang guru berkata, mereka mencuba menangani kebimbangan terhadap gempa bumi dengan bermain dan ‘membina blok bangunan’, kata seorang guru.

“Mereka bercakap tentang gempa bumi. Mereka membina blok dan berkata… ‘Adakah ini baik untuk gempa bumi?’ dan ‘Adakah ia stabil?’,” kata guru, Busra Civelek.

Beliau kini menjaga 22 kanak-kanak di dalam bilik darjah sementara di atas feri yang telah diubah suai menjadi klinik dan tempat perlindungan di pelabuhan Iskenderun.

Mereka juga bermain dengan lori bomba mainan. “Mereka berkata… ‘Kita perlu pergi ke (zon) gempa dengan cepat’,” katanya.

Jumlah kematian gabungan di Turkiye dan Syria telah meningkat lebih 41,000, dan berjuta-juta memerlukan bantuan kemanusiaan selepas kehilangan tempat tinggal dan tanpa kemudahan asas.

Hasibe Ebru, pakar psikiatri yang bekerja di feri itu, berkata orang lain banyak menangis dan sukar tidur.

“Saya memberitahu (mereka yang terselamat) bahawa apa yang mereka alami adalah perkara biasa dan gejala ini akan beransur-ansur berkurangan dalam persekitaran yang selamat.

“Ini benar-benar menenangkan mereka. Mereka berasa lega apabila mengetahui mereka tidak gila, mereka sebenarnya waras dan ini adalah sesuatu yang akan dialami oleh mana-mana orang biasa. Kami memantau mereka sepanjang hari,” katanya.

Kesan kesihatan mental jangka panjang hanya boleh difahami dengan masa, kerana orang memproses trauma dengan cara yang berbeza, kata Ebru.

Tahap trauma yang dialami oleh mangsa yang terselamat adalah sangat besar.  Ada yang telah ditarik dari runtuhan selepas berjam-jam dalam kesejukan dan kegelapan.

Ramai yang ahli keluarga telah meninggal dunia atau hilang, dan kawasan kejiranan yang sibuk di mana mereka tinggal telah diubah menjadi timbunan konkrit yang hancur.

Doktor berkata, mereka sedang merawat semakin ramai pesakit yang mengalami gangguan tekanan selepas trauma dan serangan panik selepas gempa bumi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button