Berita UtamaDunia

Peniaga gagal batal keputusan papar tulisan Jawi di papan tanda premis

Hakim puas hati arahan kuat kuasa tulisan Jawi al-Taibah

PUTRAJAYA, 25 Rejab 1444H, Khamis – Dua peniaga di Kuantan gagal membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengarahkan tulisan Jawi dipaparkan pada papan tanda premis perniagaan di bandar tersebut.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Rayuan, hari ini sebulat suara menolak rayuan Jehan Abdullah dan A. Dana Palan tanpa perintah kos kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Datuk Yaacob Md Sam berpuas hati dengan arahan Majlis Mesyuarat EXCO negeri menguatkuasakan tulisan Jawi jenis

al-Taibah pada papan tanda premis perniagaan.

Ketika membaca keputusan penghakiman berkenaan, Yaacob berkata, arahan itu adalah munasabah dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika menolak permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga pemohon itu.

“Panel ini berpendapat bahawa tiada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya yang turut berpendapat permohonan semakan kehakiman merupakan mod tindakan undang-undang yang betul.

Turut bersidang ialah Hakim4 Datuk P Ravinthran dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sebelum ini, permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh tiga peniaga, namun rayuan hanya diteruskan membabitkan dua perayu kerana pemohon4 kedua, Phang Long Yen telah meninggal dunia.

Dalam prosiding ini, perayu-perayu diwakili oleh peguam, T Gunaseelan sementara pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) oleh Ong Siew Wan.

Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Saiful Edris Zainuddin pula bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button