Berita Utama

Tukar nama Jalan Temiang kepada pengasas DAP cubaan ubah identiti negara

DAP sering kali bersikap alergi dengan identiti negara seperti tulisan jawi

BANGI, 25 Rejab 1444H, Khamis – Tindakan kerajaan Negeri Sembilan menukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, mendiang Dr Chen Man Hin dilihat antara usaha pencairan identiti negara.

Meluahkan kebimbangan, Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni khuatir jika ia asakan secara halus dalam mengukuhkan objektif mengubah identiti negara.

Sedangkan Malaysia, tegasnya, didirikan atas identiti Islam adalah agama Persekutuan dan seharusnya negara mesti selari dengan segala syiar, simbol, imej dan identitinya.

“ISMA mengikuti segala tindak-tanduk parti DAP yang sering kali bersikap alergi dengan identiti negara seperti tulisan Jawi. 

“ISMA tegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia harus mempertahankan identiti asal negara.

“Ahli politik Melayu Islam tidak sepatutnya seperti lembu dicucuk hidung, menyambung hayat kepada projek Malaysian Malaysia DAP yang sudah hampir mati ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, kerajaan Negeri Sembilan dilaporkan bersetuju menukar nama dua jalan utama di Seremban kepada nama dua tokoh, masing-masing dalam hal ehwal agama dan politik, iaitu Allahyarham Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dan mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan manakala Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button