Berita Utama

BERJASA perlu RM50,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria

Bantuan keperluan harian, bekalan makanan dan klinikal

BANGI, 26 Rejab 1444H, Jumaat – Sebanyak RM50,000 diperlukan untuk melengkapkan sumbangan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menerusi kempen sumbangan bencana gempa bumi yang dilancarkan BERJASA bermula 10 Februari lalu, sejumlah wang berkenaan diperuntukkan untuk bantuan keperluan harian, bekalan makanan dan klinikal untuk mangsa di dua negara berkenaan.

Menurut BERJASA, kempen sumbangan sehingga 20 Februari ini memerlukan RM50,000 untuk melengkapkan bekalan bantuan kepada mangsa.

“Mereka kesejukan, mereka hilang tempat tinggal dan mereka tiada bekalan makanan yang cukup.

“Jadi ayuh bantu mereka bina kembali kehidupan yang lebih baik,” kata BERJASA dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Sumbangan boleh disalurkan dengan kadar serendah RM10 sehingga RM100 ke pautan https://bit.ly/bantuanturkiyesyria

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button