Pakistan gesa India selesaikan pertikaian wilayah Jammu-Kashmir
Ubah struktur demografi wilayah menyalahi undang-undang

ISLAMABAD, 26 Rejab 1444H, Jumaat – Pakistan menggesa India menyelesaikan isu pertikaian wilayah Jammu dan Kashmir mengikut Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap Menteri Luar, Mumtaz Zahra Baloch berkata, Pakistan akan terus memberikan sokongan politik, diplomatik dan sokongan moral kepada penduduk Kashmir.
“Pelanggaran hak asasi manusia di Jammu dan Kashmir yang Diiduduki Secara Haram oleh India (IIOJK) berterusan tanpa henti,” katanya.
Terdahulu, seorang pemuda Kashmir, Shamsuddin Jamaluddin dilapor meninggal dunia di pusat soal siasat di Udhahmpur selepas diseksa ketika berada dalam tahanan selama lebih sebulan.
Malah, penderitaan yang dialami Shamsuddin bukan insiden yang pertama tetapi dirasai beberapa penduduk sebelum ini.
“Kami telah membangkitkan kebimbangan kami mengenai kematian tahanan di IIOJK.
“Pihak ini tidak berperikemanusiaan dan pencabulan hak asasi manusia mesti diberikan hukuman sewajarnya,” kata Mumtaz.
Beliau berkata, isu penempatan haram di IIOJK dan usaha India untuk mengubah struktur demografi wilayah yang diduduki adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Tegas beliau, tindakan tersebut adalah melanggar undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Geneva Keempat yang melarang kuasa pendudukan untuk membuat sebarang perubahan dalam struktur demografi wilayah yang diduduki. – Agensi