Dunia

Tahanan Palestin protes peraturan melampau rejim Israel

Tutup kantin, hadkan lawatan bulanan keluarga

RAMALLAH, 26 Rejab 1444H, Jumaat – Tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan kempen protes terhadap langkah hukuman kolektif di bawah Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir.

Protes meluas telah mendorong kepada peningkatan ketegangan di penjara dan hal ehwal tahanan Palestin pada Khamis memberi amaran situasi itu boleh menjadi serius jika tidak ditangani.

Bantahan tercetus selepas Pentadbiran Penjara Israel mula mengenakan hukuman kolektif terhadap tahanan Palestin termasuk dengan menutup kantin serta kemudahan lain pada Jumaat dan Sabtu.

Di bawah peraturan baharu itu juga, tahanan yang meninggalkan sel mereka akan digari walaupun untuk ke klinik penjara.

Bahkan, tempoh mandi juga dihadkan kepada tiga minit untuk air panas, lawatan bulanan keluarga turut dihadkan dan sukan pagi dihentikan.

Awal bulan ini, Ben-Gvir mengarahkan penutupan kedai roti yang menyediakan roti harian kepada tahanan.

Sebagai tindak balas kepada tindakan itu, Jawatankuasa Tertinggi Banduan mengumumkan kempen ingkar serta-merta diikuti dengan mogok lapar untuk menandakan menjelang bulan Ramadan.

Sejumlah 4,780 rakyat Palestin kini di penjara Israel, termasuk 160 kanak-kanak, 29 wanita dan 914 lagi mereka di bawah tahanan pentadbiran.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button