Berita UtamaDunia

Turkiye bina 30,000 rumah baharu untuk mangsa gempa bumi

Pembinaan akan mula bulan depan di semua wilayah terjejas

ANKARA, 27 Rejab 1444H, Sabtu – Turkiye akan memulakan pembinaan rumah secara besar-besaran kepada mangsa gempa bumi, menurut Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim, Murat Kurum.

Murut berkata, kawasan penempatan baharu juga telah dikenal pasti di semua wilayah yang dilanda gempa bumi.

Katanya, pembinaan projek membabitkan 30,000 rumah itu akan dimulakan bulan depan.

“Kawasan pembinaan baharu tersebut telah dikenal pasti di wilayah yang dilanda gempa pada 6 Februari lalu dan menyebabkan lebih 41,000 penduduk terkorban.

“Bangunan baharu itu juga tidak akan tinggi melebihi tiga atau empat tingkat dan akan direka mengikut budaya, tradisional dan adat tempatan,” katanya.

Pada masa sama, Murut menjelaskan, Turkiye kini sedang meneruskan penilaian kerosakan harta benda kesan daripada gempa bumi dahsyat yang disifatkan sebagai ‘bencana abad’ ini.

Katanya, kira-kira 7,328 pakar akan terlibat dalam penilaian kerosakan dan kira-kira tiga juta pangsapuri di 684,000 bangunan telah dinilai setakat ini.

“Sebanyak 345,000 pangsapuri di 90,609 bangunan sama ada yang musnah sepenuhnya atau mengalami kerosakan teruk memerlukan perobohan segera,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button