Uncategorized

Bantuan e-tunai RM300 tular di TikTok palsu: MOF

Jangan sebar maklumat tidak benar, timbulkan kekeliruan

BANGI, 28 Rejab 1444H, Isnin – Kementerian Kewangan (MOF) menafikan kesahihan berhubung bantuan e-tunai RM300 setiap bulan seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Justeru, Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital dalam kenyataan memaklumkan, tiada bantuan yang disediakan kerajaan seperti ditularkan itu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok mengenai hantaran bantuan e-tunai bernilai RM300 setiap bulan oleh kerajaan.

Hantaran itu turut memaparkan cara untuk orang ramai mendaftar dan membuat emakan bagi mendapat bantuan berkenan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button