
TEHRAN, 30 Rejab 1444H, Selasa – Gempa bumi kuat berukuran 5.2 skala Richter menggegarkan wilayah Fars di tenggara Iran, hari ini, menurut agensi berita Anadolu.
Pusat Seismologi Kebangsaan Iran memaklumkan, gempa bumi itu berpusat di kampung Dorz.
Katanya, gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer atau 6.2 batu.
“Selepas menerima berita tentang kejadian gegaran ini, tiga pasukan pakar Bulan Sabit Merah telah dihantar ke tapak untuk menilai potensi kerosakan, dan semua pasukan Bulan Sabit Merah di wilayah itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,” kata Pengarah Urusan Bulan Sabit Merah cawangan Wilayah Fars, Hossein Darvishi.
Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi itu. – Agensi