Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

WHO saran bina vaksin untuk semua jenis influenza haiwan

Meski risiko pada manusia rendah, penyebaran H5N1 perlu dipantau

LONDON, 30 Rejab 1444H, Selasa – Kerajaan disarankan melabur untuk membuat vaksin bagi semua jenis virus influenza yang wujud dalam haiwan, sebagai polisi insurans sekiranya berlaku wabak pada manusia.

Ini susulan kebanyakan negara dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jepun mengalami rekod kehilangan ayam ekoran wabak selesema burung sebelum ini.

Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jeremy Farrar berkata, penyebaran baru-baru ini membabitkan mamalia H5N1 – biasanya dikenali sebagai selesema burung – perlu dipantau meskipun risiko kepada manusia kekal rendah. 

Katanya, WHO mahu melihat industri farmaseutikal sekurang-kurangnya menjalankan beberapa ujian klinikal untuk semua jenis influenza supaya pembuatan global tidak perlu bermula dari awal jika wabak berlaku.

“Kebimbangan saya bahawa kita bergerak perlahan melihat sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku.

“Tetapi jika ia berlaku, adakah kita akan melihat kembali apa yang dilakukan pada masa ini dan mengapa kita tidak bertindak lebih awal lagi?,” katanya dalam taklimat media, pada Isnin.

Farrar – seorang saintis klinikal – dilantik mengetuai saintis WHO pada Disember lalu, dan akan secara rasmi menyertai agensi itu pada hujung tahun ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button