Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

11 penduduk Palestin ditembak mati, Israel lakukan pembunuhan besar-besaran

Lebih 80 mangsa cedera terkena peluru, kini dirawat di hospital

RAMALLAH, 2 Syaaban 1444H, Khamis – Rejim haram Israel terus mengganas – terbaharu 11 penduduk Palestin ditembak kejam dalam serbuan di Nablus, kata pegawai kesihatan.

Letupan dan tembakan kedengaran ketika tentera negara haram memasuki bandar Nablus – sehingga tercetus pertempuran dengan kumpulan pemuda Palestin.

Tentera Zionis mengaku menembak mati tiga individu yang dikehendaki. Bagaimanapun individu lain tidak bersalah turut menjadi mangsa serangan Zionis termasuk dua warga emas.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang warga emas yang dikenali Adnan Saabe Baara telah ditembak.

Rakaman video menunjukkan mayat lelaki berusia 72 tahun itu berada di bahu jalan bersama beg yang diletakkan roti berhampiran sebuah pasar.

Sementara itu, seorang lagi warga emas, Abdul Hadi Ashqar dan remaja berusia 16 tahun turut ditembak mati.

Kementerian kesihatan turut memaklumkan lebih 80 pesakit kini akibat terkena peluru dan mereka kini ditempatkan di lima hospital sekitar Nablus.

Pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh mengutuk serangan dan menyifatkan serangan sebagai pembunuhan besar-besaran.

Manakala jurucakap Presiden Mahmoud Abbas berkata, Israel perlu bertanggungjawab dengan peningkatan serangan yang merbahaya dan boleh meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button