Berita UtamaDunia

Berjuta wanita Afghanistan nantikan peluang pendidikan

Kerajaan digesa bertindak segera lindungi mata pencarian rakyat

KABUL, 2 Syaaban 1444H, Khamis – Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar wanita Afghanistan yang dihalang mendapatkan pendidikan. 

Pentadbiran Taliban menutup sesi persekolahan kepada pelajar perempuan di negara itu, melarang mahasiswa perempuan ke universiti dan menyekat golongan wanita bekerja untuk NGO. 

Misi PBB menyifatkan larangan itu sebagai ‘pelanggaran hak asasi manusia dan tindakan memusnahkan masa depan rakyat.’ 

Atas sebab itu, UNAMA menggesa kerajaan Taliban bertindak segera melindungi nyawa, mata pencarian dan masa depan rakyat Afghanistan.

Aktivis hak wanita Afghanistan juga memberi amaran mengenai akibat tindakan Taliban.

Dilaporkan, susulan rayuan PBB untuk membuka semula sekolah dan universiti, berjuta-juta gadis Afghanistan kini sedang menunggu keputusan muktamad.  

Keputusan itu akan dibuat oleh pemerintah Taliban yang mengambil sikap keras terhadap isu berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button