Berita Utama

DBKL nasihat jangan ‘pacak’ gerai di lokasi tak sesuai

Penjaja patut fikir keselamatan, tak letak meja sesuka hati

KUALA LUMPUR, 2 Syaaban 1444H, Khamis – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihati penjaja di sekitar kota raya suoaya mengambil berat isu keselamatan sebelum ‘memacak’ gerai di mana-mana lokasi.

Dalam laman Facebook, hari ini DBKL menyatakan kekesalan apabila penjaja mengabaikan keselamatan pelanggan dan meletakkan meja sesuka hati.

“DBKL mendapati ada segelintir penjaja di Kuala Lumpur langsung tak peduli soal keselamatan pelanggan bila menjaja. Mungkin alasan mereka, demi mencari sesuap nasi dan menyara keluarga. 

“Tapi itulah, letak kerusi meja di tepi jalan yang sibuk. Tidakkah terfikir kalau berlaku kejadian tak diingini seperti kereta terbabas dan sebagainya. 

“Itu belum lagi kita sentuh keluhan pengguna jalanraya mengenai kesesakan yang berlaku disebabkan penjaja menjalankan perniagaan di lokasi yang tak sesuai,” katanya.

Dilaporkan, lebih 800 lesen dikeluarkan di bawah inisiatif Wilayah Bebas Berniaga, malah urusan permohonan lesen dipermudahkan termasuk kadar bayaran lesen juga amat rendah. 

“Tetapi itu tidak bermakna boleh pacak gerai sesuka hati, lesen pun ada yang tidak mohon. Semalam, Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah mengambil tindakan kepada penjaja di Jalan Ampang.  

“Hanya kompaun dikeluarkan dan penjaja diminta mengalihkan kerusi, meja dan gerai mereka dari lokasi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button