Masjid utara London buat jualan amal untuk mangsa gempa
Berjaya kumpul dana RM226,000 dan 50,000 tan pakaian
LONDON,6 Syaaban 1444H, Isnin – Sebuah masjid di utara London menganjurkan kutipan dana bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Turkiye-Syria pada 6 Februari lalu.
Kempen yang dianjurkan jemaah masjid Aziziye di Stoke Newington itu menjual pelbagai makanan tradisional yang dihasilkan sendiri.
Imam masjid, Ebu Bekir Tezgel berkata, hasil jualan akan dihantar kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi.
“Menjadi kelaziman kepada kami menganjurkan program seperti ini setiap tahun tetapi kali ini lebih khusus untuk membantu mangsa gempa di Turkiye,” katanya.
Ebu Bekir berkata, sehingga kini pihaknya telah menghantar sejumlah AS$51,000 (RM226,083) dan 50,000 tan pakaian dan makanan kepada mangsa.
Sehingga kini lebih 50,000 mangsa terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye-Syria. – Agensi