Berita Utama

Amaran hujan berterusan hingga 1 Mac

Cuaca buruk peringkat kuning di banyak negeri

BANGI, 6 Syaaban 1444H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning membabitkan kebanyakan negeri sehingga 1 Mac ini.

MetMalaysia memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh esok hingga Rabu membabitkan Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Amaran itu turut membabitkan kebanyakan daerah di Perak antaranya Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Amaran cuaca buruk itu turut menjejaskan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) di Sarawak.

Sementara di Sabah, amaran cuaca buruk dijangka hari ini di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button