Berita UtamaIstimewa

Ridhuan Tee dakwa ultra kiasu rancang jadikan Malaysia liberal dari Barat

Isu berpakaian tak senonoh di hospital memang tindakan disengajakan

BANGI, 6 Syaaban 1444H, Isnin – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa ultra kiasu mempunyai perancangan untuk menjadikan Malaysia lebih liberal daripada Barat.

Atas sebab itu, beliau yakin insiden ultra kiasu berpakaian tidak senonoh ketika di hospital dan balai polis, adalah tindakan disengajakan serta tiada kaitan dengan kecemasan.

Katanya, ‘puak’ berkenaan sememangnya mahu bebas berpakaian tanpa sebarang halangan atau sekatan, apatah lagi dikenakan kod serta etika pemakaian.

“Ultra kiasu akan mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Jika tidak percaya, pergilah ke mana-mana lihat pakaian anak-anak ultra kiasu ini,” katanya menulis di ruangan Kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, beberapa insiden dilaporkan membabitkan individu yang mendakwa tidak mendapat layanan sepatutnya di premis kerajaan ekoran berpakaian tidak sopan.

Ia termasuk kes seorang wanita dihalang masuk ke balai polis untuk membuat laporan kerana memakai seluar pendek di atas paras lutut pada 30 Januari lalu.

Manakala, pada 13 Februari lalu, berlaku insiden sama di sebuah hospital di Perak apabila seorang wanita mendakwa diminta pulang menukar pakaian oleh pegawai bertugas kerana memakai seluar pendek.

Minggu lalu, seorang lagi wanita dipercayai pembantu kepada Ahli Parlimen dari Sarawak ditegur kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen.

BACA PENUH TULISAN PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH DI SINI

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button