Dunia

Satu bilion penduduk di 43 negara berisiko dijangkiti taun

Kurang akses air bersih antara faktor cepat merebak

GENEVA, 6 Syaaban 1444H, Isnin – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran lonjakan kes taun di peringkat global berisiko meningkat kepada satu bilion penduduk di 43 negara.

Menurut Ketua Pasukan Taun WHO, Dr Philippe Barboza, setakat minggu ini, tiga negara melaporkan mengenai penularan wabak itu.

Ketika ini, 22 negara di seluruh dunia sedang memerangi wabak jangkitan cirit-birit akut yang disebabkan makanan atau minuman yang tercemar.

Kes taun meningkat pada 2022 – berikutan penurunan jumlah kes selama bertahun-tahun – dan trend itu dijangka berterusan sehingga 2023, kata Dr Barboza.

Beliau berkata, kes telah dilaporkan di lima daripada enam wilayah di mana WHO beroperasi.

Gambaran keseluruhan global terkini yang diterbitkan pada awal Februari menunjukkan keadaan semakin merosot sejak 2022.

Kemiskinan, bencana, konflik dan perubahan iklim terus menjadi faktor pendorong, di samping kekurangan akses kepada air bersih serta sanitasi, kata Dr Barboza.

“Situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini memerlukan tindak balas sama,” katanya sambil menyatakan kesediaan vaksin, ubat-ubatan dan kit ujian adalah terhad.

Hanya 37 juta dos tersedia pada 2023 dan menjangkakan pertambahan bekalan menjelang tahun depan.

Susulan kes lonjakan global, buat pertama kalinya WHO merayu kepada penderma untuk menyokong dana AS$25 juta bagi membantu menangani wabak taun.

“Pencegahan adalah kunci dan hampir separuh daripada negara dunia tidak mempunyai akses kepada sanitasi yang diurus dengan selamat.

“Akses kepada air minuman dan sanitasi yang selamat adalah hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button