Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

BERJASA sedia terima Annuar Musa

Prinsip, asas perjuangan sama berkaitan bangsa dan agama

BANGI, 7 Syaaban 1444H, Selasa –  Parti BERJASA terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang mahu menyertai bersama, asalkan setuju dengan prinsip perjuangan parti. 

“BERJASA tetap komited berjuang demi agama dan watan,” demikian kata Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan mahu kembali menyertai gelanggang politik.

Annuar dalam kenyataan akaun Facebook miliknya mengakui sudah bersedia untuk kembali ke arena politik dan menyertai parti yang selari dengan perjuangannya iaitu menegakkan syiar agama, bangsa dan negara.

“Sudah tiba masanya saya memikiran secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya, dan parti yang benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka,” kata Annuar.

Mengulas perkara itu, Zulkifli mengakui asas perjuangan yang Annuar mahukan adalah selari dengan BERJASA -berkaitan perjuangan bangsa dan agama.

“Jika Tan Sri Annuar yakin BERJASA parti yang sesuai dengan prinsip yang dicari, maka BERJASA amat terbuka untuk beliau menyertainya,” katanya. 

Annuar dipecat keahliannya kerana dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button