Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Jepun longgar sekatan COVID-19 terhadap pelancong China

Batalkan syarat ujian saringan di pintu ketibaan

TOKYO, 7 Syaaban 1444H, Isnin – Bermula 1 Mac, Jepun akan melonggarkan sekatan COVID-19 ke atas pelancong China dengan membatalkan syarat ujian saringan di pintu ketibaan.

Daripada ujian menyeluruh, Jepun hanya akan menguji sampel terpilih walaupun pengembara masih perlu menunjukkan keputusan negatif sebelum menaiki penerbangan ke negara itu, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno.

“Perubahan itu bertujuan untuk menyokong perjalanan antarabangsa yang lancar, memandangkan kadar keputusan ujian positif rendah di kalangan mereka,” kata Matsuno.

Katanya, syarikat penerbangan juga akan dibenarkan untuk mengendalikan penerbangan terus dari China ke lebih banyak lapangan terbang Jepun.

Buat masa ini, penerbangan terus dari China hanya boleh mendarat di lapangan terbang Narita, Haneda, Kansai dan Chubu.

Sementara itu, penumpang dari Hong Kong dan Macau akan dikecualikan daripada sebarang ujian saringan ketika ketibaan atau keperluan ujian negatif.

Jepun dan Korea Selatan mengenakan kawalan sempadan yang lebih ketat ke atas pelancong China selepas kes COVID-19 melonjak di sana.

Susulan itu, China bertindak balas dengan menggantung pengeluaran visa jangka pendek di Korea Selatan dan Jepun.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button