Berita UtamaDunia

Finland bina pagar sepanjang 200km di sempadan Russia

Elak lebih ramai rakyat Russia larikan diri ke negaranya

HELSINKI, 8 Syaaban 1444H, Rabu – Finland telah memulakan pembinaan pagar sepanjang 200 kilometer di sempadan Russia demi keselamatan rakyat negaranya.

Menurut Pegawal Sempadan, pagar yang dibina itu setinggi tiga meter dengan wayar berduri di atasnya.

Finland berkongsi sempadan Kesatuan Eropah (EU) dengan Russia sepanjang 1,340 kilometer dan buat masa ini, negara itu hanya menggunakan pagar kayu di sempadan kedua-dua negara.

Bagaimanapun, pembinaan pagar di Sempadan Imatra telah bermula semalam dengan pembersihan kawasan hutan, manakala untuk pemasangan pagar akan dilakukan masa terdekat.

Malah, kamera litar tertutup (CCTV), lampu dan pembesar suara juga akan dipasang di beberapa kawasan tertentu.

Projek perintis sejauh tiga kilometer itu dijangka akan disiapkan hujung bulan Jun.

Finland sebelum ini membuat keputusan membina pagar sempadan berkenaan berikutan peningkatan rakyat Russia yang melarikan diri daripada menjadi kerahan tenaga untuk bertempur dengan Ukraine.

Finland meluluskan pindaan baharu kepada Akta Pengawal Sempadan pada Julai lalu untuk membenarkan pembinaan pagar yang lebih kukuh.

Pagar kayu yang ada kini hanya mampu menghalang ternakan melintasi sempadan.

Sejak pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine, Finland telah berusaha untuk mengukuhkan sempadan timurnya.

September lalu, sejumlah besar rakyat Russia melarikan diri ke Finland selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan pengerahan pasukan simpanan untuk bertempur di Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button