Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Kes taun melonjak di Syria selepas gempa bumi

Ratusan bangunan di bandar Aleppo berisiko runtuh

GENEVA, 8 Syaaban 1444H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang situasi di Syria ekoran kes jangkitan wabak taun meningkat mendadak selepas kejadian gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu.

Ketua Hal Ehwal Manusia PBB, Martin Griffiths berkata, impak gempa bumi itu memburukkan lagi landskap kemanusiaan yang sudah teruk di Syria.

“Risiko penyakit semakin meningkat dan menularkan wabak taun yang sedia ada.

“Apatah lagi, harga makanan, kos isi rumah dan barangan keperluan lain naik lebih tinggi,” katanya.

Griffiths berkata, tindakan perlu segera diambil untuk memulihkan air minuman kepada penduduk di rantau itu bagi menangani ancaman taun daripada menular di seluruh Syria.

Di Syria, Griffiths berkata, ratusan bangunan kekal berisiko runtuh dengan ribuan di bandar Aleppo berpotensi dirobohkan.

“Ramai orang sudah tentu takut untuk kembali ke rumah mereka yang belum disahkan selamat,” katanya.

Lebih 50,000 nyawa terkorban di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 serta 7.6 magnitud sehingga menyebabkan kerosakan besar di seluruh wilayah itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button