Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Video jambatan runtuh bukan berlaku di Johor

Polis nasihat orang ramai jangan sebar berita, mesej palsu

BANGI, 8 Syaaban 1444H, Rabu – Polis Johor hari ini menafikan sebuah video tular mendakwa kononnya berlaku kejadian jambatan runtuh di negeri berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video dikesan di aplikasi TikTok bernama ‘naturelikeit’ pada 12 Disember 2022 berdurasi 20 saat, berkait kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus.

Sehubungan itu, pihaknya mengesahkan kejadian yang ditularkan di dalam video terbabit tidak berlaku di negeri Johor dan dipercayai di luar negara.

“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat.

“Mana-mana pihak yang menyebarkan berita atau mesej palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button